Network atau jaringan adalah sangat penting bagi blogger baru. Jika anda pikir anda boleh maju kehadapan seorang diri sendiri dan melihat tahap kejayaan yang sama, maka dengan segala hormatnya cubalah. Namun, jika anda ingin mempercepatkan proses mendapatkan trafik ke blog anda dan mendapatkan pembaca baru atau pelanggan, maka anda perlu untuk menjalinkan hubungan dgn blogger lain. Disini datangnya kegunaan jaringan.
Isi kandungan yang baik adalah titik permulaan untuk blog yang berjaya, tetapi ketika anda baru bermula, tidak ada orang yang akan membacanya kerana anda tidak mempunyai blog trafik. Untuk mendapatkan blog trafik mmg memerlukan masa dan itu sebahagian daripada proses blogging, tapi mengapa anda tidak mahu membantu diri sendiri dan mula networking dengan blogger yang telah mencapai apa yang anda inginkan?
Berikut adalah antara tips-tips hebat untuk mendapatkan trafik yang tinggi ke blog anda:
1.Tinggalkan komen yang baik
Berinteraksi dengan mereka yang komen di posting tetamu anda. Jangan hanya membalas dengan "terima kasih diatas komen anda",tanyakan mereka soalan dan buat mereka berbicara satu sama lain, ini akan membuat mereka datang ke blog anda dan menjadi pembaca anda juga.
2.Gunakan "guest post"
Cari sebuah blog dalam niche yang sama.Banyak blogger yang ingin menghantar posting mereka ke laman bertrafik tinggi walaupun niche mereka adalah sangat berbeza. Ini adalah kesalahan besar. Bahkan jika anda mendapatkan trafik dari situ, kemungkinan besar bahawa hanya sedikit mereka yg akan mempunyai minat pada topik anda.
3.Cari Kawan
Jika kita terus-menerus meminta orang lain untuk mempromosikan blog kita, itu kemungkinan besar akan merosakkan hubungan baik network. Namun, jika kamu menyediakan sumber-sumber yang baik untuk orang lain dan kandungan blog kamu yang berkualiti tinggi, kamu mungkin mendapati bahawa blog kamu dipromosikan tanpa bertanya.Yang penting di sini adalah fokus untuk membina rangkaian rakan, bukan promosi besar-besaran.
4.Beri kemudian terima
Jika anda secara konsisten dapat mempromosikan laman berkualiti tinggi dan sumber berharga untuk network anda, anda akan mendapati bahawa anda akan mula membina kredibiliti dan kepercayaan. Kedua-dua hal ini sangat penting untuk sebuah blog yang berjaya.
Orang ramai sangat suka untuk berkongsi maklumat. Adalah tugas kita untuk berkongsi maklumat yang berkualiti tinggi dan maklumat yang berharga. Jika anda mencari seorang blogger baru yang tampaknya memiliki idea-idea besar, hebahkan. Jika anda menemukan sebuah artikel menarik, cuba berkongsi yang itu juga.
5.Gunakan twitter/Facebook
Apabila digunakan dengan betul, Twitter dan facebook boleh menjadi sangat berguna dan boleh mempunyai kesan besar pada perniagaan anda atau pun kepada trafik blog anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment