Showing posts with label tips blog. Show all posts
Showing posts with label tips blog. Show all posts

Feb 21, 2011

Jom dapatkan backlink banyak-banyak

pic googled
Backlink yang berkualiti agak memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi untuk memperolehinya.Anda mungkin ingin memendekkan masa anda tetapi tetap memperolehi backlink yang berkualiti.Terdapat beberapa cara yang bagus untuk mendapatkan backlink contohnya komen yang ditinggalkan di blog-blog lain, menyertai dan aktif di forum-forum,menghantar artikel, social bookmark dan pelawat-pelawat posting anda.Disini saya dedahkan 3 tips mudah mendapatkan backlink ke blog anda.Walaupun mudah tetapi anda perlu fokus melakukannya dan jangan berputus asa.


1.Membuat pertandingan atau giveaway.

Ini adalah cara yang semakin digemari oleh ramai blogger masakini.Samaada hadiahnya mahal atau tidak,itu terpulang kepada anda.

Tetapi bagaimana cara ini mampu mendapatkan backlink kepada anda?

Ia terletak pada syarat-syarat yang perlu dilakukan oleh peserta untuk menyertai giveaway anjuran anda.Jadi anda harus bijak membuat syarat-syarat itu.Contoh paling biasa ialah peserta perlu memberitahu/tag 5 atau lebih blog2x yang lain mengenai giveaway anda.Ataupun peserta perlu meletakkan link/logo pertandingan anda di laman web mereka.


2.Tinggalkan komen

Cukup mudah untuk memberi komen-komen diblog-blog yang anda lawati.Anda perlu memastikan bahawa website anda sangat sangat berkaitan dengan laman web yang anda tinggalkan komen. Untuk memberi komen yang relevan,gunakanlah Technorati.Sangat mudah.Untuk mencari senarai blog yang mempunyai niche seperti yang anda mahu, taipkan sahaja katakunci yang berkaitan ke dalam kotak teks carian Technorati.

Anda akan melihat ratusan atau ribuan laman web dan blog yang berbicara tentang katakunci yang anda cari(pastikan ianya niche yang bagus).Kemudian cari post yang berkaitan dengan niche anda, baca isi kandungannya dan tinggalkan komen.Tapi pastikan komen yang ditinggalkan mempunyai URL atau link ke blog anda.

Jangan tinggalkan komen sepert spam!Pasti komen anda akan dihapuskan kelak.Komenlah dengan ikhlas.Satu cara menarik semasa tinggalkan komen adalah dengan memberi komen kepada beberapa post didalam web yang sama.Dengan ini lebih kelihatan anda pengikut setia hasil tulisan pemilik blog yang anda komen itu.


3.Yahoo Answers dan manfaatnya

Salah satu cara berkesan untuk membina  backlink adalah dengan menjawab soalan-soalan di Yahoo Answers yang berkaitan dengan topik yang dipost dilaman web anda.Ditengah-tengah jawapan atau respon tersebut, anda boleh meletakkan URL website atau blog anda.Kaedah ini sangat membantu dalam membina backlink untuk semua jenis website. Ianya berkesan kerana anda dapat berkomunikasi dengan orang-orang yang berada di dalam topik/niche yang sama dengan anda. Ini memberikan anda kesempatan untuk menyertai secara aktif didalam komunikasi tersebut agar anda boleh memaksimumkan pendedahan terhadap laman web anda.

Anda digalakkan menjawab soalan-soalan yang mempunyai tajuk niche yang besar seperti, "Bagaimana cara membuat wang online?" Atau "Bagaimana saya boleh menurunkan berat badan saya?". Tajuk-tajuk seperti membuat wang online, insurans, penurunan berat badan terbukti mempunyai lebih banyak peminat yang mencari jawapan dari Yahoo Answers.

Feb 18, 2011

Tag yang bagus untuk laman web atau blog

Di dalam sebuah laman web atau blog, tag adalah salah satu faktor paling penting menentukan kedudukan hasil search engine (SERP).

Anda tidak sepatutnya menggunakan satu tag tunggal untuk semua pages dilaman web anda kerana tag yang sesuai adalah yang mengikut kandungan laman web anda.

Misalkan anda menggunakan nama blog "Blog Air" pada semua halaman di laman web anda. Jika anda mempunyai posting tentang "computer" dan tag anda untuk posting ini juga  "Blog Air" ,ini pastinya tidak terlalu berkesan untuk hasil search engine (SERP) kerana tidak ada perbandingan pada kata kunci. Adalah disarankan anda memilih tag yang sama dengan kandungan posting anda di laman web anda dan bukannya sama dengan nama blog.

Ada juga yang meletakkan kata kunci yang terlalu banyak sebagai tag dengan harapan enjin carian akan mengambil semua tag itu untuk dipertimbangkan.

Untuk pengetahuan anda enjin carian memberi nilai kepada kata kunci bergantung kepada jumlah kata kunci tersebut. Semakin tinggi jumlah kata kunci yang anda miliki semakin kecil nilai yang akan diletakkan kepada mereka nanti.

Tag yang baik adalah yang pendek (tidak lebih dari 4 atau 5 kata kunci) dan betul-betul relevan dengan kandungan dalam laman web anda.

Feb 16, 2011

Kesalahan-kesalahan kecil membina blog yang perlu dielakkan

pic googled
Terdapat beberapa perkara yang anda tak patut lakukan ketika membangunkan sesebuah blog atau pun laman web.Kadang-kadang perkara-perkara ini tidak kita sedari.Tetapi ianya memberi impak kepada trafik yang datang kepada laman web kita.Jika mereka suka ya,itu bagus,tapi bagaimana kalau mereka menyampah,bosan?.Jawabnya bye-byelah kepada pelawat2x yang kita perlukan itu.

  1. Pertamanya,pelawat harus tahu laman web anda berkisar tentang apa didalam beberapa saat yang pertama. Jika pengunjung tidak dapat melihat dan buntu tentang apa yang anda perkatakan di laman web anda dalam beberapa saat, dia mungkin hanya akan pergi ke tempat lain.Jadi tolong jangan merapu dan fokus tentang tema laman web anda.Anda perlu membuat laman web anda berkomunikasi dengan pelawatnya memberitahu mengapa pelawat perlu kekal didalam laman web tersebut dengan ringkas dan pantas!
  2. Keduanya,jangan gunakan font yang sangat kecil.Anda ingin memastikan bahawa pembaca merasa selesa membaca kandungan laman web anda.
  3. Juga tolong jangan gunakan font mewah yang akan memberikan pandangan yang canggih untuk website anda tapi apakah pelawat boleh membacanya?Jika tujuan utama anda adalah untuk menyampaikan mesej dan mendapatkan pengunjung membaca hasil tulisan anda, maka anda perlu membuat proses yang selesa bagi untuk mereka membacanya.
  4. Yang keempat jangan membuka tetingkap pelayar yang baru.Biarkan pelawat sendiri yang membuat keputusan mana link yang ingin dibuka.Jangan bimbang tentang menghantar pengunjung ke website lain, ia akan kembali jika kandungan laman web anda bagus.
  5. Bina kandungan laman web yang scannable.Pelawat mungkin akan melawat laman web anda sementara melakukan hal-hal lain, jadi anda perlu pastikan bahawa pelawat boleh mengimbas semua kandungan laman web anda dengan mudah dan pantas untuk mencari apa yang dikehendakinya. Bullet points, headers, subheaders, lists akan membantu pembaca dilaman web anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...