Di dalam sebuah laman web atau blog, tag adalah salah satu faktor paling penting menentukan kedudukan hasil search engine (SERP).
Anda tidak sepatutnya menggunakan satu tag tunggal untuk semua pages dilaman web anda kerana tag yang sesuai adalah yang mengikut kandungan laman web anda.
Misalkan anda menggunakan nama blog "Blog Air" pada semua halaman di laman web anda. Jika anda mempunyai posting tentang "computer" dan tag anda untuk posting ini juga "Blog Air" ,ini pastinya tidak terlalu berkesan untuk hasil search engine (SERP) kerana tidak ada perbandingan pada kata kunci. Adalah disarankan anda memilih tag yang sama dengan kandungan posting anda di laman web anda dan bukannya sama dengan nama blog.
Ada juga yang meletakkan kata kunci yang terlalu banyak sebagai tag dengan harapan enjin carian akan mengambil semua tag itu untuk dipertimbangkan.
Untuk pengetahuan anda enjin carian memberi nilai kepada kata kunci bergantung kepada jumlah kata kunci tersebut. Semakin tinggi jumlah kata kunci yang anda miliki semakin kecil nilai yang akan diletakkan kepada mereka nanti.
Tag yang baik adalah yang pendek (tidak lebih dari 4 atau 5 kata kunci) dan betul-betul relevan dengan kandungan dalam laman web anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)