Feb 21, 2011

Jom dapatkan backlink banyak-banyak

pic googled
Backlink yang berkualiti agak memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi untuk memperolehinya.Anda mungkin ingin memendekkan masa anda tetapi tetap memperolehi backlink yang berkualiti.Terdapat beberapa cara yang bagus untuk mendapatkan backlink contohnya komen yang ditinggalkan di blog-blog lain, menyertai dan aktif di forum-forum,menghantar artikel, social bookmark dan pelawat-pelawat posting anda.Disini saya dedahkan 3 tips mudah mendapatkan backlink ke blog anda.Walaupun mudah tetapi anda perlu fokus melakukannya dan jangan berputus asa.


1.Membuat pertandingan atau giveaway.

Ini adalah cara yang semakin digemari oleh ramai blogger masakini.Samaada hadiahnya mahal atau tidak,itu terpulang kepada anda.

Tetapi bagaimana cara ini mampu mendapatkan backlink kepada anda?

Ia terletak pada syarat-syarat yang perlu dilakukan oleh peserta untuk menyertai giveaway anjuran anda.Jadi anda harus bijak membuat syarat-syarat itu.Contoh paling biasa ialah peserta perlu memberitahu/tag 5 atau lebih blog2x yang lain mengenai giveaway anda.Ataupun peserta perlu meletakkan link/logo pertandingan anda di laman web mereka.


2.Tinggalkan komen

Cukup mudah untuk memberi komen-komen diblog-blog yang anda lawati.Anda perlu memastikan bahawa website anda sangat sangat berkaitan dengan laman web yang anda tinggalkan komen. Untuk memberi komen yang relevan,gunakanlah Technorati.Sangat mudah.Untuk mencari senarai blog yang mempunyai niche seperti yang anda mahu, taipkan sahaja katakunci yang berkaitan ke dalam kotak teks carian Technorati.

Anda akan melihat ratusan atau ribuan laman web dan blog yang berbicara tentang katakunci yang anda cari(pastikan ianya niche yang bagus).Kemudian cari post yang berkaitan dengan niche anda, baca isi kandungannya dan tinggalkan komen.Tapi pastikan komen yang ditinggalkan mempunyai URL atau link ke blog anda.

Jangan tinggalkan komen sepert spam!Pasti komen anda akan dihapuskan kelak.Komenlah dengan ikhlas.Satu cara menarik semasa tinggalkan komen adalah dengan memberi komen kepada beberapa post didalam web yang sama.Dengan ini lebih kelihatan anda pengikut setia hasil tulisan pemilik blog yang anda komen itu.


3.Yahoo Answers dan manfaatnya

Salah satu cara berkesan untuk membina  backlink adalah dengan menjawab soalan-soalan di Yahoo Answers yang berkaitan dengan topik yang dipost dilaman web anda.Ditengah-tengah jawapan atau respon tersebut, anda boleh meletakkan URL website atau blog anda.Kaedah ini sangat membantu dalam membina backlink untuk semua jenis website. Ianya berkesan kerana anda dapat berkomunikasi dengan orang-orang yang berada di dalam topik/niche yang sama dengan anda. Ini memberikan anda kesempatan untuk menyertai secara aktif didalam komunikasi tersebut agar anda boleh memaksimumkan pendedahan terhadap laman web anda.

Anda digalakkan menjawab soalan-soalan yang mempunyai tajuk niche yang besar seperti, "Bagaimana cara membuat wang online?" Atau "Bagaimana saya boleh menurunkan berat badan saya?". Tajuk-tajuk seperti membuat wang online, insurans, penurunan berat badan terbukti mempunyai lebih banyak peminat yang mencari jawapan dari Yahoo Answers.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...