Feb 15, 2011

Meta tag kata kunci membantu "search engine rankings"

Walaupun meta tag kata kunci bukan faktor utama yang dipertimbangkan oleh search engine tetapi mereka tidak harus dibuang dari laman web anda. Kedua-dua meta tag kata kunci dan keterangan meta tag menyumbang di peringkat "search engine rankings".Sebuah meta tag kata kunci mestilah sekadar senarai pendek dan ringkas perkataan-perkataan yang paling penting dari halaman web anda.

Apabila anda menulis sebuah senarai kata kunci meta, mula dengan melihat kembali laman web anda. Buatlah senarai istilah yang paling penting yang anda lihat di laman web anda.Senaraikan dan pilih katakunci dalam 10 atau 15 yang paling tepat menjelaskan kandungan laman web anda.


Tidak seperti tag HTML yang lain, meta tag kata kunci tidak muncul di mana-mana di halaman itu sendiri.Pelawat tidak akan dapat melihatnya.Meta tag kata kunci yang berbeza adalah untuk tujuan yang berbeza, tetapi umumnya ianya digunakan untuk memberikan maklumat tambahan mengenai laman web anda.

Contoh Meta tag kata kunci yang biasa digunakan:

meta name="keywords" content="blog,post,follower"

Contohnya jika laman web anda adalah senarai troubleshooting computer atau laptop, maka anda perlu berfikir "apa perkataan yang PALING tepat tentang troubleshooting computer atau laptop?".

Setiap laman web mesti mempunyai meta tag kata kunci yang ringkas,fokus, dan hanya mempunyai satu tema.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...