|
pic googled |
Terdapat beberapa perkara yang anda tak patut lakukan ketika membangunkan sesebuah blog atau pun laman web.Kadang-kadang perkara-perkara ini tidak kita sedari.Tetapi ianya memberi impak kepada
trafik yang datang kepada laman web kita.Jika mereka suka ya,itu bagus,tapi bagaimana kalau mereka menyampah,bosan?.Jawabnya bye-byelah kepada pelawat2x yang kita perlukan itu.
- Pertamanya,pelawat harus tahu laman web anda berkisar tentang apa didalam beberapa saat yang pertama. Jika pengunjung tidak dapat melihat dan buntu tentang apa yang anda perkatakan di laman web anda dalam beberapa saat, dia mungkin hanya akan pergi ke tempat lain.Jadi tolong jangan merapu dan fokus tentang tema laman web anda.Anda perlu membuat laman web anda berkomunikasi dengan pelawatnya memberitahu mengapa pelawat perlu kekal didalam laman web tersebut dengan ringkas dan pantas!
- Keduanya,jangan gunakan font yang sangat kecil.Anda ingin memastikan bahawa pembaca merasa selesa membaca kandungan laman web anda.
- Juga tolong jangan gunakan font mewah yang akan memberikan pandangan yang canggih untuk website anda tapi apakah pelawat boleh membacanya?Jika tujuan utama anda adalah untuk menyampaikan mesej dan mendapatkan pengunjung membaca hasil tulisan anda, maka anda perlu membuat proses yang selesa bagi untuk mereka membacanya.
- Yang keempat jangan membuka tetingkap pelayar yang baru.Biarkan pelawat sendiri yang membuat keputusan mana link yang ingin dibuka.Jangan bimbang tentang menghantar pengunjung ke website lain, ia akan kembali jika kandungan laman web anda bagus.
- Bina kandungan laman web yang scannable.Pelawat mungkin akan melawat laman web anda sementara melakukan hal-hal lain, jadi anda perlu pastikan bahawa pelawat boleh mengimbas semua kandungan laman web anda dengan mudah dan pantas untuk mencari apa yang dikehendakinya. Bullet points, headers, subheaders, lists akan membantu pembaca dilaman web anda.