Feb 21, 2011

Jom dapatkan backlink banyak-banyak

pic googled
Backlink yang berkualiti agak memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi untuk memperolehinya.Anda mungkin ingin memendekkan masa anda tetapi tetap memperolehi backlink yang berkualiti.Terdapat beberapa cara yang bagus untuk mendapatkan backlink contohnya komen yang ditinggalkan di blog-blog lain, menyertai dan aktif di forum-forum,menghantar artikel, social bookmark dan pelawat-pelawat posting anda.Disini saya dedahkan 3 tips mudah mendapatkan backlink ke blog anda.Walaupun mudah tetapi anda perlu fokus melakukannya dan jangan berputus asa.


1.Membuat pertandingan atau giveaway.

Ini adalah cara yang semakin digemari oleh ramai blogger masakini.Samaada hadiahnya mahal atau tidak,itu terpulang kepada anda.

Tetapi bagaimana cara ini mampu mendapatkan backlink kepada anda?

Ia terletak pada syarat-syarat yang perlu dilakukan oleh peserta untuk menyertai giveaway anjuran anda.Jadi anda harus bijak membuat syarat-syarat itu.Contoh paling biasa ialah peserta perlu memberitahu/tag 5 atau lebih blog2x yang lain mengenai giveaway anda.Ataupun peserta perlu meletakkan link/logo pertandingan anda di laman web mereka.


2.Tinggalkan komen

Cukup mudah untuk memberi komen-komen diblog-blog yang anda lawati.Anda perlu memastikan bahawa website anda sangat sangat berkaitan dengan laman web yang anda tinggalkan komen. Untuk memberi komen yang relevan,gunakanlah Technorati.Sangat mudah.Untuk mencari senarai blog yang mempunyai niche seperti yang anda mahu, taipkan sahaja katakunci yang berkaitan ke dalam kotak teks carian Technorati.

Anda akan melihat ratusan atau ribuan laman web dan blog yang berbicara tentang katakunci yang anda cari(pastikan ianya niche yang bagus).Kemudian cari post yang berkaitan dengan niche anda, baca isi kandungannya dan tinggalkan komen.Tapi pastikan komen yang ditinggalkan mempunyai URL atau link ke blog anda.

Jangan tinggalkan komen sepert spam!Pasti komen anda akan dihapuskan kelak.Komenlah dengan ikhlas.Satu cara menarik semasa tinggalkan komen adalah dengan memberi komen kepada beberapa post didalam web yang sama.Dengan ini lebih kelihatan anda pengikut setia hasil tulisan pemilik blog yang anda komen itu.


3.Yahoo Answers dan manfaatnya

Salah satu cara berkesan untuk membina  backlink adalah dengan menjawab soalan-soalan di Yahoo Answers yang berkaitan dengan topik yang dipost dilaman web anda.Ditengah-tengah jawapan atau respon tersebut, anda boleh meletakkan URL website atau blog anda.Kaedah ini sangat membantu dalam membina backlink untuk semua jenis website. Ianya berkesan kerana anda dapat berkomunikasi dengan orang-orang yang berada di dalam topik/niche yang sama dengan anda. Ini memberikan anda kesempatan untuk menyertai secara aktif didalam komunikasi tersebut agar anda boleh memaksimumkan pendedahan terhadap laman web anda.

Anda digalakkan menjawab soalan-soalan yang mempunyai tajuk niche yang besar seperti, "Bagaimana cara membuat wang online?" Atau "Bagaimana saya boleh menurunkan berat badan saya?". Tajuk-tajuk seperti membuat wang online, insurans, penurunan berat badan terbukti mempunyai lebih banyak peminat yang mencari jawapan dari Yahoo Answers.

Feb 18, 2011

Tag yang bagus untuk laman web atau blog

Di dalam sebuah laman web atau blog, tag adalah salah satu faktor paling penting menentukan kedudukan hasil search engine (SERP).

Anda tidak sepatutnya menggunakan satu tag tunggal untuk semua pages dilaman web anda kerana tag yang sesuai adalah yang mengikut kandungan laman web anda.

Misalkan anda menggunakan nama blog "Blog Air" pada semua halaman di laman web anda. Jika anda mempunyai posting tentang "computer" dan tag anda untuk posting ini juga  "Blog Air" ,ini pastinya tidak terlalu berkesan untuk hasil search engine (SERP) kerana tidak ada perbandingan pada kata kunci. Adalah disarankan anda memilih tag yang sama dengan kandungan posting anda di laman web anda dan bukannya sama dengan nama blog.

Ada juga yang meletakkan kata kunci yang terlalu banyak sebagai tag dengan harapan enjin carian akan mengambil semua tag itu untuk dipertimbangkan.

Untuk pengetahuan anda enjin carian memberi nilai kepada kata kunci bergantung kepada jumlah kata kunci tersebut. Semakin tinggi jumlah kata kunci yang anda miliki semakin kecil nilai yang akan diletakkan kepada mereka nanti.

Tag yang baik adalah yang pendek (tidak lebih dari 4 atau 5 kata kunci) dan betul-betul relevan dengan kandungan dalam laman web anda.

Feb 16, 2011

Kesalahan-kesalahan kecil membina blog yang perlu dielakkan

pic googled
Terdapat beberapa perkara yang anda tak patut lakukan ketika membangunkan sesebuah blog atau pun laman web.Kadang-kadang perkara-perkara ini tidak kita sedari.Tetapi ianya memberi impak kepada trafik yang datang kepada laman web kita.Jika mereka suka ya,itu bagus,tapi bagaimana kalau mereka menyampah,bosan?.Jawabnya bye-byelah kepada pelawat2x yang kita perlukan itu.

  1. Pertamanya,pelawat harus tahu laman web anda berkisar tentang apa didalam beberapa saat yang pertama. Jika pengunjung tidak dapat melihat dan buntu tentang apa yang anda perkatakan di laman web anda dalam beberapa saat, dia mungkin hanya akan pergi ke tempat lain.Jadi tolong jangan merapu dan fokus tentang tema laman web anda.Anda perlu membuat laman web anda berkomunikasi dengan pelawatnya memberitahu mengapa pelawat perlu kekal didalam laman web tersebut dengan ringkas dan pantas!
  2. Keduanya,jangan gunakan font yang sangat kecil.Anda ingin memastikan bahawa pembaca merasa selesa membaca kandungan laman web anda.
  3. Juga tolong jangan gunakan font mewah yang akan memberikan pandangan yang canggih untuk website anda tapi apakah pelawat boleh membacanya?Jika tujuan utama anda adalah untuk menyampaikan mesej dan mendapatkan pengunjung membaca hasil tulisan anda, maka anda perlu membuat proses yang selesa bagi untuk mereka membacanya.
  4. Yang keempat jangan membuka tetingkap pelayar yang baru.Biarkan pelawat sendiri yang membuat keputusan mana link yang ingin dibuka.Jangan bimbang tentang menghantar pengunjung ke website lain, ia akan kembali jika kandungan laman web anda bagus.
  5. Bina kandungan laman web yang scannable.Pelawat mungkin akan melawat laman web anda sementara melakukan hal-hal lain, jadi anda perlu pastikan bahawa pelawat boleh mengimbas semua kandungan laman web anda dengan mudah dan pantas untuk mencari apa yang dikehendakinya. Bullet points, headers, subheaders, lists akan membantu pembaca dilaman web anda.

Feb 15, 2011

Meta tag kata kunci membantu "search engine rankings"

Walaupun meta tag kata kunci bukan faktor utama yang dipertimbangkan oleh search engine tetapi mereka tidak harus dibuang dari laman web anda. Kedua-dua meta tag kata kunci dan keterangan meta tag menyumbang di peringkat "search engine rankings".Sebuah meta tag kata kunci mestilah sekadar senarai pendek dan ringkas perkataan-perkataan yang paling penting dari halaman web anda.

Apabila anda menulis sebuah senarai kata kunci meta, mula dengan melihat kembali laman web anda. Buatlah senarai istilah yang paling penting yang anda lihat di laman web anda.Senaraikan dan pilih katakunci dalam 10 atau 15 yang paling tepat menjelaskan kandungan laman web anda.


Tidak seperti tag HTML yang lain, meta tag kata kunci tidak muncul di mana-mana di halaman itu sendiri.Pelawat tidak akan dapat melihatnya.Meta tag kata kunci yang berbeza adalah untuk tujuan yang berbeza, tetapi umumnya ianya digunakan untuk memberikan maklumat tambahan mengenai laman web anda.

Contoh Meta tag kata kunci yang biasa digunakan:

meta name="keywords" content="blog,post,follower"

Contohnya jika laman web anda adalah senarai troubleshooting computer atau laptop, maka anda perlu berfikir "apa perkataan yang PALING tepat tentang troubleshooting computer atau laptop?".

Setiap laman web mesti mempunyai meta tag kata kunci yang ringkas,fokus, dan hanya mempunyai satu tema.

Feb 14, 2011

10 tips yang ringkas untuk menjana pendapatan adsense anda

(pic googled) 



Ada banyak cara yang luar biasa untuk membuat duit secara online. Google Adsense merupakan pilihan terbaik untuk sebahagian besar penerbit/publisher. Ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk mengoptimize  pendapatan Adsense anda. Untuk pengetahuan anda,dua laman web yang mempunyai trafik yang sama boleh mempunyai perbezaan pendapatan yang sangat besar bergantung kepada cara anda mengoptimasikan penggunaan iklan-iklan tersebut dilaman web anda.


Mari kita lihat dulu polisi-polisi yang telah digariskan Google supaya anda tidak melakukan kesalahan yang boleh membuatkan laman web anda dibatalkan.


Menurut polisi Adsense,anda tidak dibenarkan melakukan hal-hal ini:


1) Jangan klik pada iklan Adsense anda sendiri walau bagaimana cara apapun.
2) Jangan meningkatkan iklan Adsense dengan alat bantuan automatik.
3) Jangan meminta orang lain untuk mengklik iklan anda.
4) Jangan menukar kod Adsense selain font dan warna.
5) Jangan masukkan kod Adsnese pada kandungan/laman web dewasa atau yang dilarang.


Sekarang mari kita lihat 10 tips yang ringkas untuk menjana pendapatan adsense anda:


1) Masukkan iklan anda yang bersesuaian dengan tema laman web anda. Iklan Adsense anda mestilah yang sesuai dengan warna laman web anda.

2) Jangan gunakan border yang jelas untuk iklan teks anda. Iklan tanpa border dan latar belakang yang sesuai dengan warna latar belakang laman web anda selalu dapat menarik perhatian yang lebih.

4) Gunakan unit link di laman web anda. Kelebihan dari unit link adalah - anda tidak perlu terlalu banyak ruang iklan di laman web anda dan unit link sangat tidak mengganggu pengguna.







5) Gunakan kotak carian Google yang telah dikhususkan. Ini adalah pilihan terbaik selain iklan yang disasarkan. Tempatkan iklan Adsense di bahagian atas dan bawah halaman hasil carian. Lokasi terbaik kotak carian Google pula adalah dibahagian atas sudut kanan halaman anda.


6) Slot iklan yang paling baik adalah di kawasan paling kiri di sidebar. Cuba slot iklan ini di laman web anda. Gunakan unit link di sudut atas sidebar kiri dan pilih size 250 × 250 atau 336 × 280 teks dan gambar dalam  posting anda.

7) Cuba halang/block iklan berbayar yang tidak relevan di laman web anda. Gunakan penapis iklan Adsense yang kompetitif untuk ini. Tetapi berhati-hati sebelum menyekat setiap unit iklan. Ada masanya satu unit iklan dapat memberikan anda $ 1.00 dalam satu negara dan unit iklan yang sama mungkin memberikan anda $ 10.00 di negara-negara lain. Jadi berhati-hati apabila menyekat iklan.

8) Gunakan Google Adsense ad preview tool.Ia dapat membantu anda untuk melihat semua iklan yang dipaparkan di laman web anda dan juga berguna untuk menyekat iklan yang tidak relevan.

9) Lebihkan ruang putih di sekitar iklan anda. Jangan letakkan iklan anda di tempat yang "tidak fokus".

10) Kaji kata kunci anda sebelum mula membagunkan sesebuah blog dan targetkan iklan untuk kata kunci tersebut.Letakkan kata kunci yang disasarkan diawal posting anda. Crawler Google Adsense umumnya mencari satu atau dua perenggan pertama untuk menyasarkan iklan ke laman tersebut.

Feb 13, 2011

5 tips mendapatkan trafik tinggi ke blog anda

Network atau jaringan adalah sangat penting bagi blogger baru. Jika anda pikir anda boleh maju kehadapan seorang diri sendiri dan melihat tahap kejayaan yang sama, maka dengan segala hormatnya cubalah. Namun, jika anda ingin mempercepatkan proses mendapatkan trafik ke blog anda dan mendapatkan pembaca baru atau pelanggan, maka anda perlu untuk menjalinkan hubungan dgn blogger lain. Disini datangnya kegunaan jaringan.


Isi kandungan yang baik adalah titik permulaan untuk blog yang berjaya, tetapi ketika anda baru bermula, tidak ada orang yang akan membacanya kerana anda tidak mempunyai blog trafik. Untuk mendapatkan blog trafik mmg memerlukan masa dan itu sebahagian daripada proses blogging, tapi mengapa anda tidak mahu membantu diri sendiri dan mula networking dengan blogger yang telah mencapai apa yang anda inginkan?

Berikut adalah antara tips-tips hebat untuk mendapatkan trafik yang tinggi ke blog anda:


1.Tinggalkan komen yang baik 

Berinteraksi dengan mereka yang komen di posting tetamu anda. Jangan hanya membalas dengan "terima kasih diatas komen anda",tanyakan mereka soalan dan buat mereka berbicara satu sama lain, ini akan membuat mereka datang ke blog anda dan menjadi pembaca anda juga.

2.Gunakan "guest post"

Cari sebuah blog dalam niche yang sama.Banyak blogger yang ingin menghantar posting mereka ke laman bertrafik tinggi walaupun niche mereka adalah sangat berbeza. Ini adalah kesalahan besar. Bahkan jika anda mendapatkan trafik dari situ, kemungkinan besar bahawa hanya sedikit mereka yg akan mempunyai minat pada topik anda.

3.Cari Kawan

Jika kita terus-menerus meminta orang lain untuk mempromosikan blog kita, itu kemungkinan besar akan merosakkan hubungan baik network. Namun, jika kamu menyediakan sumber-sumber yang baik untuk orang lain dan kandungan blog kamu yang berkualiti tinggi, kamu mungkin mendapati bahawa blog kamu dipromosikan tanpa bertanya.Yang penting di sini adalah fokus untuk membina rangkaian rakan, bukan promosi besar-besaran.


4.Beri kemudian terima

Jika anda secara konsisten dapat mempromosikan laman berkualiti tinggi dan sumber berharga untuk network anda, anda akan mendapati bahawa anda akan mula membina kredibiliti dan kepercayaan. Kedua-dua hal ini sangat penting untuk sebuah blog yang berjaya.

Orang ramai sangat suka untuk berkongsi maklumat. Adalah tugas kita untuk berkongsi maklumat yang berkualiti tinggi dan maklumat yang berharga. Jika anda mencari seorang blogger baru yang tampaknya memiliki idea-idea besar, hebahkan. Jika anda menemukan sebuah artikel menarik, cuba berkongsi yang itu juga.


5.Gunakan twitter/Facebook

Apabila digunakan dengan betul, Twitter dan facebook boleh menjadi sangat berguna dan boleh mempunyai kesan besar pada perniagaan anda atau pun kepada trafik blog anda. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...